Tabung Dermasiswa Kasih USM

PROGRAM TABUNG BIASISWA/DERMASISWA KASIH USM

Pada Mac 2015, usaha penubuhan Tabung Dermakasih USM telah memberi impak tinggi serta “visibility” yang lebih baik bagi pihak USM untuk menjana dana melalui sumbangan daripada penyumbang dan pemegang taruh sama ada dari dalam atau luar Negara untuk membantu pelajar miskin USM.

Sejak Sidang Akademik 2013/2014 USM telah mengambil pelajar miskin yang dikategorikan sebagai ‘bottom billion’. Pelajar ini merupakan pelajar yang ibu bapanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 1000 ke bawah sebulan.

Susulan daripada pengambilan pelajar miskin yang dikategorikan sebagai pelajar ambilan ‘bottom billion’, beberapa strategi telahpun difikirkan untuk membantu pelajar-pelajar ini melanjutkan pengajian di USM. Penubuhan Tabung Dermasiswa Kasih USM  ini adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dan pengurusan program-program penjanaan dana sebagai bantuan kepada mereka dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Pembentukan Tabung ini dilihat akan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar USM yang memerlukan bantuan dapat dibantu dengan sebaik mungkin. Sebagai contohnya setiap semester akan mengagihkan dana dalam bentuk sumbangan one-off, zakat atau bantuan khas seperti pemberian makanan kepada pelajar miskin yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar USM dan pemberian laptop kepada pelajar yang sangat memerlukan.

Selain itu, Tabung ini diletakkan di bawah kelolaan Yayasan Universiti Sains Malaysia yang bertanggungjawab atas dasar-dasar pengendalian dan bertanggungjawab atas operasinya, dengan mengendalikan pungutan, agihan dan perbelanjaan tabung ini.

Kesimpulannya, perancangan yang lebih strategik serta pelaksanaan Tabung Dermasiswa Kasih USM pada tahun-tahun berikutnya akan dilaksanakan secara lebih efisien dengan meminimumkan sumber kewangan dan memaksimumkan  sumbangan yang disasarkan terutamanya sumbangan  yang memfokuskan  bantuan untuk pelajar USM kepada kelestarian pembelajaran dan pengajaran di USM dan segaligus dapat membantu merealisasikan objektif dan matlamat penubuhan Yayasan  USM.