Tabung Wakaf USM

TABUNG WAKAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Universiti Sains Malaysia (USM) telah menubuhkan Pejabat Wakaf USM (PWUSM) sebagai usaha untuk memperkasakan peranan institusi wakaf yang pernah memangkin kecemerlangan tamadun ilmu dan kegemilangan khilafah islamiah suatu ketika dahulu.

OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN PWUSM ADALAH:

1.Memartabatkan kembali kegemilangan Institusi Wakaf.

2.Memperkasa sumbangan Institusi Wakaf terhadap kekuatan ekonomi dan interlektual umat islam.

3.Mempromosikan Institusi Wakaf sebagai satu bentuk infaq yang sangat mulia.

4.Meningkatkan kesedaran umat islam terhadap kepentingan Institusi Wakaf.

5.Mengurus kutipan agihan dan pengurusan hal ehwal wakaf secara sistematik.

Selari dengan penubuhan dan hasrat USM, PWUSM merangka srategik untuk meningkat pengetahuan umat islam, khusus warga kampus untuk memanfaatkan saluran wakaf untuk beramal jariah dan menjadikannya sebagai wadah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan kurniaan serta kelebihan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Berdasarkan matlamat wakaf, manfaat daripada dana wakaf akan dimanfaatkan untuk membangun kualiti pendidikan, pengimarah ilmu, dakwah dan kebajikan secara holistik dan bersepadu.

Penubuhan ini memberi peluang kepada semua untuk menginfaqkan sedikit daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ke Tabung wakaf USM walaupun dengan sekecil-kecil nilaiyang mampu dihulurkan. Semoga penubuhan PWUSM mampu menyuburkan budaya wakaf sebagai asas kekuatan umat dan kemuliaan hati umat islam.

Sekiranya anda berminat untuk berwakaf atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk wakaf yang terdapat di USM, sila daftar sebagai Rakan Wakaf PWUSM dengan menaip [WakafUSM] jarak [Nama] jarak [Nama Jabatan/Institusi] dan hantar ke 010-3835051 atau email maklumat tersebut ke alamat berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Segala maklumat berhubung produk wakaf usm akan disalurkan kepada anda melalui urusetia PWUSM daripada semasa ke semasa.

“Apabila nyawa bercerai daripada anak Adam, seluruh pahala amalan terhenti kecuali (daripada) tiga (sumber); doa anak yang solah, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah jariah (wakaf).” HR Muslim

TAHUKAH ANDA?

    1) Baitullah (al-Bayt al-Haram) dan Masjid al-Aqsa merupakan harta wakaf pertama dalam sejarah ketamadunan manusia?

    2) Di Turki, sebanyak 142 universiti di sana dibina dengan menggunakan harta wakaf. Malah di `bandaraya Instanbul sahaja sebanyak 33 daripada         42 universiti dibiayai secara wakaf.

    3) Institusi wakaf merupakan pemangkin terhadap kelahiran dan kejayaan institusi pendidikan seperti pondok, pengajian madrasah dan sekolah            agama rakyat (SAR).

    4) Sehingga tahun 2005 dianggarkan terdapat sebanyak 174 buah institusi wakaf pendidikan di malaysia. Namun, kebanyakan institusi ini                         tertumpu kepada tahap pendidikan peringkat rendah dan menengah.

     5) Institusi wakaf telah melahirkan ulama cendekiawan dan ilmuan islam yang ulung melalui penubuhan universiti wakaf seperti:                            

                        a) Universiti al-Azhar Mesir

                            b) Universiti Cordova di Andalusia Sepanyol

                            c)Madrasah Nizamiyyah di Baghdad Iraq

                             d)Universiti al-Qurawiyyin di Fez Maghribi

                             e)Universiti Islam madinah

“JADIKAN ANDA SEBAHAGIAN DARIPADA RANTAIAN PEWAKAF”

Maklumat lanjut, sila hubungi:

PEJABAT WAKAF USM

04-653 2480/2432 @ 010-3835051

EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.