Objektif

Secara khususnya, objektif penubuhan Yayasan USM adalah seperti berikut:-

  1. Mengumpul dan menyatukan dana serta mengembleng sumber-sumber sumbangan, hadiah dan lain-lain pemberian yang berkaitan yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar negara bagi manfaat Universiti Sains Malaysia (USM).
  2. Membangun dan memajukan dana atau harta yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai bagi pihak USM.
  3. Menjana dana dan pemberian melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif untuk meningkatkan sumber dana bagi manfaat USM.
  4. Membangunkan dan memajukan harta atau aset hasil sumbangan untuk tujuan yang difikirkan perlu melalui kaedah yang sesuai berdasarkan matlamat USM.
  5. Menyempurnakan amanah dan amanat penderma.